May 9, 2011

Hari Penghabisan

Hari ini umpama hari penghabisan untukku. Hari ini, hari terakhir aku akan berjuang, penuh dengan semangat untuk menuju ke destinasi itu. Semua ranjau, walau tidak semua dapat ku tempuh dengan cemerlang, diharap dapat menambah sedikit pengalaman untuk ku buat bekal pada masa hadapan. Di dalam jeda masa ini, banyak pahit dan manis ku tempuh. Namun, kebanyakannya adalah demi diriku sendiri, asbab yang ku cipta hingga diri sendiri yang makan bahananya. Tapi, aku masih berharapan agar diberi sedikit peluang oleh Yang Maha Esa untuk terus melangkah dan bergerak ke hadapan. Harapannya, langkah ini tidak akan berhenti disini, kerna aku mahu masih bergerak dan menempuhi ranjau-ranjau yang bakal melanda.

1 comments:

HaziratulQuds said...

Jaket Jingga??
Kenapa bukan purple??
Lalalalala~

Perjuangan takkan pernah berakhir selagi nafas masih dihela
Teruskan usaha tingkatkan doa berserah padaNya
InsyaAllah semuanya berjalan dengan jaya
Ingat.. Innallaha ma'ana =)
Good luck dude!

Post a Comment